Jump to
Pad brek yang dirumus khas dan khusus untuk 4WD dan SUV di jalan raya dan luar jalan. Berfungsi menghasilkan bunyi yang rendah, habuk yang minimum dan brek yang berkurangan getaran pada suhu tinggi. Mempunyai Jalur Titanium yang unik dan dihasilkan menggunakan teknologi EPR untuk kekuatan tambahan, geseran yang lebih tinggi dan rintangan haba yang lebih optimum.

Kami Pergi Melangkaui Jangkauan, Anda Juga Mampu Melakukannya.

Pad Bendix 4WD/SUV direkabentuk untuk mengharungi keadaan melampau dengan mengguna pakai bahan-bahan khusus aplikasi untuk disesuaikan dengan rangkaian besar 4WD, semua pacuan roda dan SUV. Kami menguji mereka sehingga tahap luar batas dalam keadaan makmal, mensimulasikan jenis keadaan melampau yang mungkin tidak akan pernah dilihat oleh kebanyakan 4WD/SUV. Pad Bendix 4WD/SUV dihasilkan untuk kekuatan melampau dan integriti struktur menggunakan teknologi terbaik yang tersedia ada. Pad brek Bendix 4WD/SUV dibina untuk menahan pengumpulan haba yang disebabkan oleh brek yang kerap didalam trafik bandar yang padat pada satu-satu ketika dan menunda atau memandu di luar bandar pada hari berikutnya.

4 Wdsuv Benefit 1 380X250

Jalur Titanium Biru Bendix

Jalur Titanium Biru Bendix ialah satu lagi peningkatan dalam teknologi brek yang dibangunkan oleh jurutera Bendix. Jalur Titanium Biru menambahkan lagi tahap baharu kuasa henti dengan penggunaan pad brek terus dari kotak. Jalur Titanium Biru telah menghilangkan keperluan untuk brek Bendix dalam keperluan aktiviti penghasilan serapan geseran yang mana telah menjimatkan masa dan wang anda, kini Jalur Titanium Biru baharu melangkah lebih jauh, tahan lebih lama dan mencipta pad brek dan permukaan rotor yang ideal untuk memberikan prestasi brek yang lebih baik sejurus selepas pemasangan dilakukan.

4 Wdsuv Benefit 2 380X250

Bahan Khusus Kenderaan

Pad brek Bendix 4WD/SUV dirumus khas untuk memadankan keperluan jenis kenderaan tertentu. Untuk 4WD kegunaan lasak, formulasi direka untuk ketahanan dan brek yang lebih yakin terutamanya apabila didalam muatan atau meredah kawasan jalan luaran yang lebih mencabar. Untuk model SUV dan kenderaan bagi perjalanan biasa, formulasi geseran pad brek direka khusus untuk penghasilan bunyi dan habuk atau debu yang minimum. Pad Bendix 4WD/SUV telah dibangunkan untuk prestasi yang optimum, tanpa mengira apa yang anda pandu.

4 Wdsuv Benefit 3 380X250
Ciri-ciri
Faedah
(EPR) ENHANCED PHENOLIC RESIN (FENOLIC RESIN YANG DIPERTINGKATKAN)
Meningkatkan kekuatan bahan brek dalam keadaan yang melampau. Peningkatan rintangan haba pada suhu tinggi.
Jalur Titanium Biru
Tiada aktiviti penghasilan lapisan serapan awal diperlukan, bermakna penjimatan masa serta meningkatkan kepuasan pelanggan. Dapat terus merasakan penggunaan penyerapan brek pedal dari hentian brek yang pertama lagi.
SHIMS PENYERAP BUNYI
Menampilkan Shim Penyerap Bunyi untuk mengurangkan penghantaran getaran dan bunyi dari pad brek semasa brek melampau.
BAHAN KHUSUS APLIKASI YANG DIREKA UNTUK KENDERAAN 4WD
Bahan diformulasi dan dipadankan dengan jenis kenderaan untuk penghasilan prestasi yang optimum.
RANGKAIAN YANG LUAS
Lebih daripada 100 jenis rujukan brek pad pilihan yang tersedia, meliputi majoriti kenderaan 4WD, semua pacuan roda dan SUV.

Ciri-ciri Produk

Stripe Tile
Epr Tile

Perbandingan Produk

Kuasa Berhenti yang Lebih Baik

Untuk prestasi hentian brek yang selamat secara keseluruhan dan rasa pedal yang luar biasa pada semua jenis permukaan dimana anda tidak akan mendapati yang lebih baik daripada Bendix 4WD/SUV.

Apabila diuji terhadap pesaing pad 4WD terkemuka yang lain, pad Bendix 4WD/SUV mengambil masa kurang daripada 24 meter untuk berhenti.

4 WD stopping distance 1880 x 800
4 Wd Performance Graph 760X500

Bagaimana sistem brek anda berfungsi

Lihat komponen sistem brek anda dalam panduan 360° interaktif kami.

Lihat panduan sistem brek kami
Edit kandungan ini Translate this page Refresh page