Jump to
Para mekanik sependapat bahawa pad brek Euro+ daripada Bendix adalah pad brek yang unggul untuk dibekalkan dan dipasangkan dalam kenderaan-kenderaan Eropah. Bendix ialah pembekal lama sedia ada kepada pengilang OE seluruh dunia dan telah menerajui bidang inovasi ini selama bertahun-tahun.

Mekanik Bertegas untuk Euro+

Para mekanik sependapat yang pad brek Euro+ daripada Bendix adalah pad brek yang unggul untuk dibekalkan dan dipasangkan dalam kenderaan-kenderaan Eropah. Dengan prestasi unggul yang hanya terdapat dalam produk OE, pad brek Euro+ daripada Bendix adalah satu-satunya pilihan untuk kenderaan Eropah di bengkel anda. Dengan tahap yang ada dalam warisan ini, kami memahami teknologi yang diperlukan untuk memenuhi ketepatan piawaian bagi pengeluar premium seperti BMW, Mercedes Benz, Audi dan Volkswagen sekadar menamakan beberapa model. Pad brek Euro+ daripada Bendix ialah kit pad brek yang lengkap termasuk penggunaan semua klip, pad, shim, sensor dan banyak lagi, yang terkandung dalam produk setara OE supaya anda akan diyakini bahawa semua komponen adalah berpadanan dan tepat setiap masa pemasangan dan penggunaanya.

Euro plus brake pads 760x500 1

Memenuhi Peraturan Eropah yang Ketat

Peraturan ECE 90 menetapkan keperluan reka bentuk, pembinaan dan prestasi serta protokol ujian untuk peraturan Eropah yang ketat. ECE R90 memerlukan pad brek diuji untuk keupayaan brek, kepekaan kelajuan, prestasi sejuk, dan mungkin hanya menyimpang daripada ciri geseran peralatan asalnya tidak melebihi daripada 15%. Apabila anda memuatkan pad brek Euro+, ia memenuhi peraturan dan piawaian ECE 90, yang bermaksud anda memasang pad brek berkualiti yang direka khusus untuk kenderaan Eropah dan direka bentuk untuk prestasi yang optimum, sinergi brek dan keselesaan pemanduan.

Euro plus brake pads 760x500 2

Jalur Titanium Biru Bendix

Jalur Titanium Biru Bendix yang baharu ialah satu lagi peningkatan dalam teknologi brek yang dibangunkan oleh jurutera Bendix. Jalur Biru Titanium menambah tahap baharu kuasa hentian brek dalam keadaan sedia ada dengan penggunaan pad brek terus dari kotak. Titanium Stripe yang asal telah memberi kelebihan tanpa keperluan untuk brek Bendix melakukan aktiviti penghasilan lapisan serapan awal yang menjimatkan masa dan wang anda yang mana kini Blue Titanium Stripe telah melangkah lebih jauh, tahan lebih lama dan mencipta gandingan permukaan pad brek dan rotor yang ideal untuk memberikan prestasi brek yang lebih baik sejurus selepas pemasangan dilakukan.

Euro plus brake pads 760x500 3

Ciri-ciri Produk

Stripe Tile

Perbandingan Produk

Ciri & Faedah

PENGURANGAN JARAK HENTIAN BREK BERBANDING PAD BREK OE

Bendix ialah satu-satunya pembekal OE yang menyediakan teknologi inovatif dan kualiti yang diperlukan untuk menghasilkan pad brek Euro+. Pad brek ini menggabungkan ciri-ciri cemerlang yang menghasilkan brek yang selamat dan senyap secara konsisten serta prestasi penggunaan yang lama tanpa pudar. Seperti yang ditunjukkan di bawah (Rajah 1), Euro+ daripada Bendix memberikan jarak hentian yang dipertingkatkan secara dramatik ke atas pad brek OE Eropah dan pad brek tanpa habuk Eropah.

Euro plus brake pads info 1 r4

Ujian Membuktikan Rims Kekal Lebih Bersih dengan Euro+ Daripada Bendix

Euro plus brake pads info 2 r4

Pad brek Euro+ daripada Bendix tidak mengandungi gentian logam dan hampir bebas habuk untuk memastikan roda kenderaan kelihatan dalan keadaan yang terbaik.

Untuk mendapatkan bukti objektif tentang relatif perbandingan kebersihan rim, ujian makmal telah dilakukan pada ketetapan kekal ujian brek, di bawah keadaan makmal yang bersih secara konsisten dan juga ujian jalan yang praktikal dalam lalu lintas dengan semua kesan-kesan sampingannya.

Pad brek standard digunakan sebagai produk pesaing semasa kepada Euro+ dari Bendix dan rim aluminium adalah dalam keadaan baru dari kilang. Ujian jalan raya amali, yang dijalankan dalam keadaan kering, berlangsung kira-kira 1 bulan dan dijalankan pada jarak 1,560 km. Manakala ujian makmal, sepertimana yang dijalankan dalam keadaan terkawal, dijalankan selama 2 hari. Ujian tersebut terdiri daripada profil pemanduan pergerakan brek yang dilihat semasa memandu di bandar, jalan desa dan lebuh raya, dalam gabungan yang hampir dengan penggunaan sebenar. Ujian yang dijalankan yang mengukur tahap kehitaman rim menggunakan alat pengukur ujian “chromameter”, adalah amat mengagumkan kerana keputusannya adalah objektif. Berbanding dengan pad brek standard, pad brek Euro+ daripada Bendix secara perbandingan cuma menghasilkan habuk yang terlalu sedikit (Rajah 2).

Keputusan Ujian Jalan Raya

Euro plus brake pads info 3 r4
Euro plus brake pads info 4 r4

Kompetitif Mekanik Bijak Membekal dan Memasang Pad Brek Yang Termaju

Pad brek Euro+ daripada Bendix memberikan penghasilan brek yang luar biasa, lebih lancar dan lebih senyap untuk kenderaan Eropah. Diperbuat daripada bahan baharu sepenuhnya yang merangkumi sebatian seramik dan tidak termasuk sebarang zarah logam yang melelas, menghasilkan pad brek yang hampir bebas habuk. Teknologi pad brek Euro+ termasuk penghasilan kejuruteraan sudut darjah sisi tepi (“Chamfer”) dan pembentukan alur panjang (“Groove/Slot”) bersama dengan bahan plat besi belakang yang dilindungi oleh shim – bagi menyerap bunyi yang dihasilkan semasa pemberhantian brek dilakukan. Hasilnya, Euro+ daripada Bendix menawarkan keselesaan optimum. Pad brek Euro+ daripada Bendix meminimumkan perkembangan bunyi semasa brek dengan begitu baik sehingga ia telah ditetapkan sebagai pad paling senyap di pasaran daripada ujian sejajar dengan piawaian SAE J2521. Seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah (Rajah 3), ujian makmal dan praktikal yang meluas menunjukkan pengurangan ketara dalam kehausan pad dan cakera brek.

Euro plus brake pads info 5 r4

Rim Lebih Bersih pada Kenderaan Eropah

Euro plus brake pads info 6

Bagaimana sistem brek anda berfungsi

Lihat komponen sistem brek anda dalam panduan 360° interaktif kami.

Lihat panduan sistem brek kami
Edit kandungan ini Translate this page Refresh page